Berita Harian : JAKIM sah produk Munchy’s HALAL

Published by Berita Harian  |

 

PUTRAJAYA : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesahkan semua produk yang dikeluarkan oleh kilang Munchy Food Industries Sdn Bhd (Munchy’s) di Batu Pahat, Johor adalah halal.

Ini berikutan Sijil Pengesahan Halal dikeluarkan oleh agensi itu kepada syarikat terbabit didapati masih sah hingga 23 Julai 2013.

Malah, Ketua Pengarah JAKIM, Othman Mustapha, berkata pihaknya tidak pernah membuat serbuan di kilang yang terletak di Tongkang Pecah, Batu Pahat itu, seperti didakwa pihak pesanan ringkas (SMS) kelmarin.

Pada masa sama, beliau menegaskan bahawa individu bernama Haji Jalil Raihan yang didakwa pengawai JAKIM juga tidak wujud, sama ada di Ibu Pejabat JAKIM di sini atau di Bahagian Hab Halal yang beroperasi di Cyberjaya.

“JAKIM melalui Bahagian Hab Halal menerima banyak pertanyaan dan aduan berhubung SMS yang menyatakan ‘JAKIM telah membuat serbuan ke atas kilang Munchy’s di Batu Pahat dan menemui stor arak.’

“Jadi, kami (JAKIM) ingin menjelaskan bahawa JAKIM tidak pernah melakukan serbuan seperti yang didakwa, sekali gus menafikan kewujudan pengawai yang menghantar SMS itu adalah pengawai kami di Putrajaya,” katanya dalam kenyataan yang disiarkan di laman web Bahagian Hab Halal JAKIM di sini, semalam.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai, khususnya umat Islam supaya merujuk laman web www.halal.gov.my untuk mendapatkan maklumat lanjut dan pengesahan behubung status Halal mana-mana produk.

Kelmarin, Berita Harian menerima SMS yang memaklumkan mengenai serbuan JAKIM terhadap kilang Munchy’s di Batu Pahat, Johor dan dalam serbuan itu JAKIM menemui stor arak yang didakwa digunakan sebagai salah satu bahan dalam biskut, keluaran syarikat itu.

Individu yang mendakwa dirinya sebagai pengawai JAKIM dikatakan meminta orang ramai menyebarkan maklumat itu demi kepentingan umat Islam.


Munchy’s Mini Sandwich Boxed In Delicious Unity!

MUNCHY’S MINI SANDWICH BOXED IN DELICIOUS UNITY! “Muhibbah” 6-pack offers savings and so much more   Kuala Lumpur, 3 September 2009 – In line with the holy month of...