Harian Metro : Jakim nafi SMS stor arak di kilang biskut

Published by Harian Metro  |

 

PUTRAJAYA : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menafikan penyebaran khidmat pesanan ringkas (SMS) mengenai penemuan stor arak oleh jabatan itu ketika melakukan serbuan ke atas sebuah kilang biskut di Johor.

Ketua Pengarah Jakim, Othman Mustapha, turut menegaskan pihaknya tidak pernah melakukan serbuan ke atas kilang biskut berkenaan seperti didakwa melalui SMS itu.

“Kami menafikan mengenai serbuan dilakukan keatas kilang itu dan menafikan individu menghantar SMS itu pengawai Jakim di Putrajaya.

“Malah, produk dikeluarkan kilang biskut itu sudah menadapat Sijil Pengesahan Halal dari Jakim dan sah sehingga 31 Julai 2013,” katanya dalam satu kenyataan disiarkan melalui web Jakim, semalam.

Kelmarin, pihak tidak bertanggungjawab menyebar SMS kononnya satu serbuan dilakukan Jakim ke atas kilang biskut itu dan menemui stor arak.

SMS itu mendakwa pemilik kilang itu tanpa rasa bersalah mengatakan arak itu digunakan dalam adunan biskut keluaran kilang berkenaan.

Malah, tertera pada SMS itu nama dikatakan seorang pengawai Jakim di Putrajaya, dikenali sebagai Jalil Raihan.

“Justeru, kami minta kerjasama orang ramai supaya merujuk portal halal www.halal.gov.my untuk pengesahan dan mengetahui maklumat lebihlanjut mengenai produk yang mendapat pengesahan halal Jakim,” katanya.


Munchy’s Mystery Bite Amazing Trip

     

Biscuit maker celebrates its top ranking (The Star Online)

Munchy’s held a red New Year party recently to celebrate its ranking as the country’s No.1 home-grown biscuit brand, as rated by market research company AC Nielsen. The rating...