Kosmo! – SMS palsu Jakim serbu kilang biskut

Published by Kosmo!  |

 

KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menafikan pihaknya terlibat dalam penyebaran khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mendakwa pihaknya mengeluarkan kenyataan berhubungan penemuan stor arak di kilang Munchy’s di Batu Pahat, Johor.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Bahagian Hab Halal Jakim, pihaknya tidak pernah melakukan serbuan itu dan menafikan kewujudan pengawai yang kononya menghantar SMS itu adalah kakitangan Jakim di Putrajaya.

“Sukacita dimaklumkan, produk yang dikeluarkan oleh kilang Munchy’s di Batu Pahat telah mendapat sijil pengesahan halal daripada Jakim yang masih sah sehingga 31 Julai, 2013,” kata kenyataan itu semalam.

Justeru, Jakim menasihatkan kepada semua pengguna agar merujuk portal halal di www.halal.gov.my untuk pengesahan lanjut.

Sebelum ini, satu SMS tersebar mendakwa Jakim melakukan serbuan di sebuah kilang biskut Munchy’s di Batu Pahat dan menemui stor arak di kilang itu serta mendakwa bahan itu digunakan bagi memproses biskut.

Berikut, kandungan SMS itu : Jakim telah buat serbuan ke atas kilang Munchys, Batu Pahat dan menemui stor arak. Bossnya dengan rasa bangga dan rasa tak bersalah, mengatakan arak tersebut untuk dicampur ke dalam biskut… tolong sebarkan maklumat ini kepada seIslam dan kepentingan umat Islam. Dari Peg. Jakim – Haji Jalil b. Raihan (Jakim Putrajaya)

Sementara itu, jurucakap Munchy’s ketika dihubungi menyatakan pihaknya akan membuat laporan polis berhubung penyebaran SMS palsu itu dalam masa terdekat.

Biskut jenama Munchy’s adalah produk tempatan yang mula diperkenalkan pada 1993 dan pada masa kini telah menembusi pasaran kira-kira 60 negara.


Miss Munchy’s Fun & Fit Debuts

Kuala Lumpur, 21ST August 2009 – Munchy’s, Malaysia’s No. 1 homegrown biscuit brand*, crowned Rasima Miss Munchy’s Fun & Fit at the prestigious Miss Chinese Cosmos Pageant Southeast Asia...