Sinar Harian – Jakim nafi serbu kilang Munchy’s

Published by Sinar Harian  |

 

SHAH ALAM – Jabatan Agama Kemajuan Islam (Jakim) mengesahkan tidak melakukan serbuan ke atas kilang Munchy’s di Batu Pahat yang didakwa menemui stor arak.

Jakim dalam kenyataan dilaman webnya semalam menafikan pengawai yang menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) tersebut adalah pengawainya yang bertugas di Putrajaya.

Jakim berkata demikian ketika mengulad penyebaran SMS dalam kalangan pengguna mendakwa Jakim membuat serbuan ke atas kilang Munchy’s di Batu Pahat dan menemui stor arak.

SMS tersebut menyatakan ‘terkini : Jakim telah buat serbuan ke atas kilang Munchy’s, Batu Pahat dan menemui stor arak. Bosnya dengan rasa bangga dan rasa tak bersalah, mengatakan arak tersebut dicampur ke dalam biskut. Tolong sebarkan maklumat ini kepada seislam dan kepentingan umat Islam. Daripada pengawai Jakim – Hj Jalil b Raihan (Jakim Putrajaya)’.

“Sukacita dimaklumkan, produk yang dikeluarkan oleh kilang Munchy’s di Batu Pahat mendapat sijil pengesahan Halal daripada Jakim yang sah sehingga 31 Julai 2013,” katanya.

Jakim turut menasihatkan pengguna yang mempunyai sebarang kemusykilan tentang status halal sesuatu produk makanan supaya merujuk portal halal di www.halal.gov.my untuk pengesahan.


Munchy’s gives away tickets for the A Mei Malaysia Concert (Nanyang Siang Pau)

Published by Nanyang Siang Pau

Munchy’s red party celebration (Feminine)

Published by Feminine